Saturday, September 03, 2011

Raya: Hari ketiga 2011


Kita sambung lagi kisah raya saya. Tidak banyak juga kami pergi. Kejap, kira dulu... Macam empat buah rumah saja kami dapat serbu. Dari tengah hari sampai malam. Rumah pertama agak lamalah sebab tu rumah rakan sekelas waktu sekolah menengah. Boleh kena anggap reunion tidak rasmi.



Tuan rumah pun sudah cakap buat macam rumah sendiri. Apa lagi, bila peluang sudah ada depan mata ketawa terbahak-bahaklah si kaum wanita. Sampai tidak ingat dunia lagi. Kesian juga tuan rumah dapat tetamu macam kami. Kuih pun habis kena sebat. Bila rasa macam terlalu lama di rumah kawan ni kami pun meminta izin untuk pergi ke rumah seterusnya.



Seronok jugalah jalan ramai-ramai ni. Pelbagai gelagat yang boleh kita lihat. Ada yang lucu. Ada yang serius.  Bak kata orang, macam-macam ada. Ada juga rumah yang saya tidak dapat pergi. Kecewa juga sikitlah tapi tuan punya rumah lagi kecewa kali. Tidak apa, tahun depan tebus balik.



Terima kasih kepada tuan rumah kerana menghidangkan makanan yang lazat-lazat belaka. Kenyang dan puas hati kalah-kalah tu buffet di Kampung Nelayan. Terima kasih kepada Cik Rahimah, Cik Putri, Puan Hanisah dan Encik Mat kerana sudi mempelawa kami ke rumah. Tahun depan jangan lupa jemput lagi.

1 comments:

Fane Davis said...

wah!!bestnyer berhari rayaa....

Post a Comment

Updates Via E-Mail