Thursday, September 01, 2011

Saya kan ada di mana-mana...



Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di Facebook.

Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf. Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa... Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar messsage kepada aweknya....

Lelaki : awak , saya nak jumpa awak... saya tak sabar nak lihat rupa awak.

Perempuan : betul ka? Jemputlah datang ke rumah saya.

Lelaki : awak tinggal kat mana?

Perempuan : saya tinggal kat Johor...  No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor

Lelaki : saya akan bertolak esok! Keesokan harinya , lelaki itu pun bertolak ke Johor untuk berjumpa dengan aweknya... Dalam pejalanan , mereka berbalas message...

Perempuan : awak.... awak tak sampai lagi ka? saya boring ni....

Lelaki : saya dalam perjalanan ke rumah awak laa.......

Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss you.. :) Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah aweknya... Lalu mengetuk pintu rumah aweknya... Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya

Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??

Pak cik : ya.. kenapa?

Lelaki : Fatimah ada ka pak cik? saya ni sahabatnya... datang melawat (sebenarnya dalam hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''

Pak cik : Fatimah dah lama meninggal dunia.

Lelaki : tak mungkinlah pak cik. saya baru messsage dia tadi.. Mereka berdua terdiam sebentar.. Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....

Perempuan : awak tak sampai lagi ka??

Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awak lepas tu dia kata awak dah meninggal dunia...

Perempuan : memanglah saya sudah meninggal dunia

Lelaki : habis tu.. macam mana awak boleh reply message saya?

Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana-mana...

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail