Tuesday, September 06, 2011

Yang putih atau yang hitam?



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak

saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Oh, boleh saja"

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih"

Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"

Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Jangan pijak... aku..!



Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
Monday, September 05, 2011

Saya jalan terkangkang...



Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
Sunday, September 04, 2011

Ada otak tak?



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.


Pesanan: Janganlah ajar yang bukan-bukan. Tengok kena balik sama diri sendiri.
Saturday, September 03, 2011

Spend My Life With You



Never knew such a day could come
And I never knew such a love
Could be inside of one


And I never knew what my life was for
But now that you're here I know for sure


I never knew till I looked in your eyes
I was incomplete till the day you walked into my life
And I never knew that my heart could feel
So precious and pure
One love so real


Can I just see you every morning when
I open my eyes
Can I just feel your heart beating beside me
Every night
Can we just feel this way together
Till the end of all time
Can I just spend my life with you


Now baby the days and the weeks
And the years will roll by
But nothing will change the love inside
Of you and I


And baby I'll never find any words
That could explain
Just how much my heart my life
My soul you've changed


Can you run to these open arms
When no one else understands
Can we tell God and the whole world
I'm your woman, and you're my man
Can't you just feel how much I love you
With one touch of my hand
Can I just spend my life with you


No touch has ever felt so wonderful
(You are incredible)
And a deeper love I've never known
(I'll never let you go)
I swear this love is true
(Now and forever to you to you)
Can I just see you every morning when


I open my eyes
Can I just feel your heart beating beside me
Every night
Can we just feel this way together
Till the end of all time
Can I just spend my life with you
Can you run to these open arms


When no one else understands
Can we tell God and the whole world
You're my woman, and you're my man
Can't you just feel how much I love you
With one touch of my hand
Can I just spend my life with you


Can I just spend my life with you
Can I just spend my life with you
(Forever here with you)
Can I just spend my life with you
Can I just see you every morning when I
Open my eyes.

By: Eric Benet

Raya: Hari ketiga 2011


Kita sambung lagi kisah raya saya. Tidak banyak juga kami pergi. Kejap, kira dulu... Macam empat buah rumah saja kami dapat serbu. Dari tengah hari sampai malam. Rumah pertama agak lamalah sebab tu rumah rakan sekelas waktu sekolah menengah. Boleh kena anggap reunion tidak rasmi.



Tuan rumah pun sudah cakap buat macam rumah sendiri. Apa lagi, bila peluang sudah ada depan mata ketawa terbahak-bahaklah si kaum wanita. Sampai tidak ingat dunia lagi. Kesian juga tuan rumah dapat tetamu macam kami. Kuih pun habis kena sebat. Bila rasa macam terlalu lama di rumah kawan ni kami pun meminta izin untuk pergi ke rumah seterusnya.



Seronok jugalah jalan ramai-ramai ni. Pelbagai gelagat yang boleh kita lihat. Ada yang lucu. Ada yang serius.  Bak kata orang, macam-macam ada. Ada juga rumah yang saya tidak dapat pergi. Kecewa juga sikitlah tapi tuan punya rumah lagi kecewa kali. Tidak apa, tahun depan tebus balik.



Terima kasih kepada tuan rumah kerana menghidangkan makanan yang lazat-lazat belaka. Kenyang dan puas hati kalah-kalah tu buffet di Kampung Nelayan. Terima kasih kepada Cik Rahimah, Cik Putri, Puan Hanisah dan Encik Mat kerana sudi mempelawa kami ke rumah. Tahun depan jangan lupa jemput lagi.

Silly love songs



You'd think that people would have had enough of silly love songs.
But I look around me and I see it isn't so.
Some people wanna fill the world with silly love songs.
And what's wrong with that?
I'd like to know, 'cause here I go again

I love you
I love you

I can't explain the feeling's plain to me, so can't you see?
Ah, she gave me more, she gave it all to me, now can't you see,

Love doesn't come in a minute,
Sometimes it doesn't come at all
I only know that when I'm in it
It isn't silly, no, it isn't silly, love isn't silly at all.

I love you
I can't explain the feeling's plain to me, so can't you see? (I love you)
Ah, she gave me more, she gave it all to me, now can't you see (I love you)
I can't explain the feeling's plain to me, so can't you see? (I love you)

You'd think that people would have had enough of silly love songs.
But I look around me and I see it isn't so, oh, no.
Some people wanna fill the world with silly love songs.
And what's wrong with that?
I'd like to know, 'cause here I go again

I love you
I love you

I can't explain the feeling's plain to me, so can't you see?
Ah, she gave me more, she gave it all to me, now can't you see?
I can't explain the feeling's plain to me.

By: Paul McCartney

Kami ni pemain simpanan...



Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapal terbang, jadi mereka main bola di luar la." 
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan..."
Friday, September 02, 2011

Raya: Hari kedua 2011

Raya kedua bermula dengan tiada perancangan langsung. Semua kawan-kawan sibuk ikut keluarga. Tapi tiba-tiba ada message di facebook. Nah, macam membawa harapan saja message tu. Sekali cerita punya cerita akhirnya semua ahli membuat satu kata sepakat, beraya di Ranau.




Jam 1.00 petang baru bergerak ke Ranau. Dalam perjalanan melalak dengan hati yang riang. Sudah namanya raya. Mula-mula ambil kawan dulu di Kundasang. Lepas tu baru teruskan perjalanan kami ke destinasi pertama untuk raya. Kampung Napong 1. Rumah junior kami di IPG.




Sudah kenyang dan kira lama sudah berada di rumah kawan tu, kami pun meminta izin untuk beredar. Kalau telampau lama pula habis tu kuih raya yang kena kasih hidang. Kesian pula orang yang belum datang beraya. Jadi lepas minta izin kami pergi ke destinasi seterusnya. Kampung Lohan Ulu. Rumah rakan sekelas saya.



Ini memang rancangan raya yang memang tidak di rancang. Tiba-tiba saja keluar idea untuk beraya. Tapi puas hatilah. Macam-macam makanan kami dapat makan. Terima kasih jugalah kepada yang sudi membuka rumah untuk kami datang bertandang. Raya ketiga apa pula cerita? Tunggu dan lihat sajalah.

Baru habis pakai kasut...



Biawak: katak, ko tolong saya beli rokok sana bawah. Saya tidak tahan suda ni.

Katak: issss. Malaslah saya. Ko suruh lah si ulat bulu.

Biawak: pemalaslah ko ni katak, ko lumpat saja terus sampai bah.

Katak: alahhh. Ulat bulu kan lebih laju dari saya sebab dia banyak kaki.

Biawak: ya oh kan. Ulat bulu! Ko tolong lah saya, boleh?

Ulat bulu: boleh, no hal.

Ulat bulu lalu beredar utk pergi beli rokok.


10 min berlalu...




30 min berlalu...




1 jam berlalu...



Biawak pun panas

Biawak: alahhh mana rokok saya ni, saya tidak tahan ni.. Sial punya ulat bulu.

Katak: rilexlah. Kejap sampai la.

Biawak: cuba ko cari dia sampai dapat, ni yang bikin saya meradang ni..banyak kaki pun tidak guna punya!!!

Katak pun pergi cari ulat bulu, buka saja pintu, katak nampak ulat bulu di pintu .

Katak: ha!!!! Sampai pun ko. Biawak, ulat bulu dah sampai!!!

Biawak: bah mana rokok saya?? saya tidak tahan suda ni.

Ulat bulu: bah. Ko tunggu la sekejap. Saya baru habis pakai kasut ni.

Bahahaha!!!! Sabar saja.
Thursday, September 01, 2011

Saya kan ada di mana-mana...



Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di Facebook.

Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf. Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa... Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar messsage kepada aweknya....

Lelaki : awak , saya nak jumpa awak... saya tak sabar nak lihat rupa awak.

Perempuan : betul ka? Jemputlah datang ke rumah saya.

Lelaki : awak tinggal kat mana?

Perempuan : saya tinggal kat Johor...  No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor

Lelaki : saya akan bertolak esok! Keesokan harinya , lelaki itu pun bertolak ke Johor untuk berjumpa dengan aweknya... Dalam pejalanan , mereka berbalas message...

Perempuan : awak.... awak tak sampai lagi ka? saya boring ni....

Lelaki : saya dalam perjalanan ke rumah awak laa.......

Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss you.. :) Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah aweknya... Lalu mengetuk pintu rumah aweknya... Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya

Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??

Pak cik : ya.. kenapa?

Lelaki : Fatimah ada ka pak cik? saya ni sahabatnya... datang melawat (sebenarnya dalam hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''

Pak cik : Fatimah dah lama meninggal dunia.

Lelaki : tak mungkinlah pak cik. saya baru messsage dia tadi.. Mereka berdua terdiam sebentar.. Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....

Perempuan : awak tak sampai lagi ka??

Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awak lepas tu dia kata awak dah meninggal dunia...

Perempuan : memanglah saya sudah meninggal dunia

Lelaki : habis tu.. macam mana awak boleh reply message saya?

Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana-mana...

Raya: Hari pertama 2011


Seperti Raya yang sebelumnya, mesti berada di rumah nenek. Walaupun nenek sudah lama meninggalkan kami namun rumah itu tetap menjadi destinasi pertama raya kami. Berkumpul dengan ahli keluarga serta sanak saudara membuatkan raya pada setiap tahun menjadi lebih bermakna.





Menziarahi kubur arwah datuk dan nenek pada hari raya membuatkan hati ini sedih seketika ketika mengenang memori indah bersama mereka. Apapun Tuhan lebih menyayangi mereka.

Sekembalinya dari kubur, makanan telah siap dihidangkan. Tinggal perlu ambil piring dan suap ke dalam mulut. Suap punya suap sampailah jam 1 petang. Saya pula terpaksa pergi dulu untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Cikgu Fatma. Dalam kepala hanya ada Buras dan Tapai.



Memang raya tidak pernah terlepas pergi rumah Cikgu Fatma. Simple but delicious orang putih cakap. Tidak sedar berapa banyak sudah masuk di dalam mulut. Makan sambil bercerita pasal kenangan sekolah menengah dulu. Memang lucu. Kenangan tetap kenangan. Dua buah rumah saja untuk hari pertama. Namun perut tetap kenyang sampai ke malam.
Wednesday, August 31, 2011

Betulkah aku ini bukan...



Tengah malam mahu dekat pagi di satu pub di Kampung Air.

Dialog seorang pondan dengan costumer yang baru siap buat services

pondan: (Dengan gaya manja) "kejap bang ah aku lap-lap apa yang patut..."

lelaki: "ok.." (Sambil keluarkan wallet dari poket seluar)

Tidak lama pondan tu datang balik selepas lap-lap apa yang patut,

lelaki: (sambil menghulurkan wang rm 50 dua keping) "nah ambil semua keep the change"

pondan: (dengan gaya khas perempuan manja...) "makasih bang ahh..!!! datang lagi"

pondan: "hui.... tunggu kejap...." (sambil menunjuk duit yg tadi) 

pondan: (dengan suara lelaki) "ini kan duit palsu, kau ingat aku bodoh ka?"

lelaki: (dengan suara tegas) " lhaa... kamu juga palsu, bukan cewek ori, kau ingat aku bodoh ka?"

Terus lelaki tu keluar tinggalkan pondan yang masih berpikir akan dirinya "betulkah aku ini bukan cewek tulen?"

Wordless Wednesday #9



Giveaway: Simple Giveaway HOB

Salam 1Malaysia...

Saya ada join satu Giveaway...

Simple Giveaway, tu la namanya. Memang simple la GA ni, 

Kalau mahu join, cuma perlu klik banner di bawah



Senarai Sponsor
Afifah Alias - RM10 x 3 dan RM5 x 4 pemenang

Due date :
24/08/2011 - 30/09/2011

Hadiah :
5 X doodles buat 5 pemenang bertuah
2X Cursor buat 2 pemenang bertuah
2X Simple header buat 2 pemenang bertuah
Monday, August 29, 2011

Tips untuk yang pertama kali melakukannya



Tips Untuk Yang Pertama Kali Melakukannya

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan “Perkakas”-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam- dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilek, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik “Perkakas”- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda…

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda iaitu…..

“CABUT GIGI”


P/S: Jangan fikir yang bukan-bukan tau. Haha..


Gambar: Met Bujang

Updates Via E-Mail