KOTA KINABALU - Ini adalah kisah seorang gadis kolej muda yg meninggal dunia bulan lepas di Kota Kinabalu.. Namanya Agnes. Dia telah dilanggar oleh sebuah lori. Dia seorang yang ceria. Dia mempunyai teman lelaki yang bernama Eldison. Mereka sangat mencintai satu sama lain. Mereka sentiasa bercakap di telefon. Kamu tidak akan nampak dia tanpa telefon bimbit. Malah dia juga mengubah talian dari Maxis ke Digi, supaya kedua-duanya boleh di rangkaian yang sama dan jimatkan kos. Agnes menghabiskan separuh dari setiap harinya bercakap dlm telefon bersama Eldison.
Keluarga Agnes tahu mengenai hubungan mereka. Malah Eldison jg sangat rapat dgn keluarga Agnes. (Cuba bayangkan ikatan cinta mereka) Sebelum dia meninggal dunia dia selalu memberitahu rakan-rakannya “Jika saya meninggal dunia, tolong kubur saya bersama telefon bimbit saya” dia juga berkata perkara yg sama kepada ibu bapanya. Slps kematiannya, orang tidak dapat mengangkat mayatnya, walaupun telah mencuba sedaya upaya, tetapi masih tidak boleh. Semua orang telah mencuba untuk mengangkat mayatnya, tetapi hasilnya tetap sama.
Akhirnya, mereka memanggil seorang lelaki iaitu kawan bapanya yang dikatakan boleh memanggil dan bercakap dengan roh orang yang sudah meninggal. Lelaki itu mengambil sebatang kayu dan mula bercakap kepada dirinya perlahan-lahan .. Selepas beberapa minit, lelaki tersebut mengatakan “gadis ini tertinggal sesuatu di sini.” Kemudian rakan-rakannya memberitahu lelaki itu tentang niat utk mengubur mayat Agnes bersama telefonnya. Dia kemudian membuka keranda dan meletakkan telefon dan kad sim di dalam kerandanya.
Selepas itu, mereka cuba untuk mengangkat mayat Agnes dan ternyata ianya menjdi mudah lalu membawanya ke dalam van. Mereka semua terkejut. Ibu bapa Agnes tidak memaklumkan Eldison bhw Agnes telah meninggal dunia .. slps 2 minggu, Eldison menelefon ibu Agnes .. Eldison : “Auntie, saya dtg ke rumah hari ini .. masak sedap-sedap ya. Jangan bagi tahu Agnes yg saya akan datang rumah hari ini, saya nak bagi dia surprise.” Ibu Agnes menjawab ...”Kamu dtg lah ke rumah dulu, auntie ingin beritahu kamu sesuatu yang sangat penting.” Setelah dia datang, mereka memberitahu kebenaran tentang Agnes.
Eldison menganggap mereka sedang bergurau dengannya. Dia ketawa dan berkata “jangan cuba tipu saya - suruh Agnes keluar sekarang, saya ada hadiah untuknya. Hentikan semua kekarutan ini.” Kemudian mereka menunjukkan sijil kematian asal kepadanya. Mereka menunjukkan bukti supaya dia percaya. (Eldison mula berpeluh) Eldison berkata ... “Tidak benar .. kami telah bercakap hari ini .. Dia masih menelefon saya. Eldison terketar-ketar. Tiba-tiba, telefon Eldison berbunyi .. “Lihat ini adalah dari Agnes, lihat ini ...” dia menunjukkan telefon kepada keluarga Agnes.
Semua mereka menyuruhnya menjawab panggilan tersebut. Dia bercakap menggunakan mod pembesar suara .. Kesemua mereka mendengar perbualannya. Kuat dan jelas, tanpa sebarang gangguan. Memang suara sebenar Agnes & tidak mungkin orang lain boleh menggunakan sim kad itu kerana telah di kubur bersama mayat Agnes. Mereka sangat terkejut lalu memanggil semula lelaki iaitu kawan bapa Agnes (yang boleh bercakap dengan roh orang mati) utk membantu. Beliau membawa tuannya untuk menyelesaikan perkara ini. Dia & tuannya bekerja selama 5 jam. Kemudian mereka menemui satu perkara yang benar-benar mengejutkan mereka .... Digi mempunyai liputan yang terbaik “Ke mana pun anda pergi, rangkaian kami tetap akan ikut!! Kalah Celcom & Maxis..
4 comments:
hahahah mantap. hampir menjdi cerita seram.
mula2 sedih....rupa-rupanya pasal digi...hahaha kurang asam...digi ada d mana saja..
haha,. nice one bro
ahahahaXD punyalahXD ending yg sangat mantap! ;D
Post a Comment