Thursday, September 01, 2011

Raya: Hari pertama 2011


Seperti Raya yang sebelumnya, mesti berada di rumah nenek. Walaupun nenek sudah lama meninggalkan kami namun rumah itu tetap menjadi destinasi pertama raya kami. Berkumpul dengan ahli keluarga serta sanak saudara membuatkan raya pada setiap tahun menjadi lebih bermakna.





Menziarahi kubur arwah datuk dan nenek pada hari raya membuatkan hati ini sedih seketika ketika mengenang memori indah bersama mereka. Apapun Tuhan lebih menyayangi mereka.

Sekembalinya dari kubur, makanan telah siap dihidangkan. Tinggal perlu ambil piring dan suap ke dalam mulut. Suap punya suap sampailah jam 1 petang. Saya pula terpaksa pergi dulu untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Cikgu Fatma. Dalam kepala hanya ada Buras dan Tapai.



Memang raya tidak pernah terlepas pergi rumah Cikgu Fatma. Simple but delicious orang putih cakap. Tidak sedar berapa banyak sudah masuk di dalam mulut. Makan sambil bercerita pasal kenangan sekolah menengah dulu. Memang lucu. Kenangan tetap kenangan. Dua buah rumah saja untuk hari pertama. Namun perut tetap kenyang sampai ke malam.

No comments:

Post a Comment